LHM: Jurulatih TNB Thunderbolts ingatkan anak buah cabaran ke separuh akhir

4 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

LHM: Jurulatih TNB Thunderbolts ingatkan anak buah cabaran ke separuh akhir

Peluang cerah buat pasukan TNB Thunderbolts mengintai slot ke separuh akhir Liga Hoki Malaysia (LHM) 2026 jika memungut tiga mata penuh dalam dua perlawanan peringkat kumpulan yang berbaki bertemu Territory Stingers dan Young Elephants Pahang.

Menjelang pertemuan menentang Stingers pada esok, ketua jurulatih, Nor Saiful Zaini, menegaskan anak buahnya tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan meskipun kelebihan atas kertas lebih memihak buat mereka.

Jelas Saiful, dia mahu menyaksikan permainan berkualiti, setiap pemain perlu mencuba mengawal penguasaan bola dengan baik selain mencipta banyak peluang menghasilkan jaringan.

Meskipun hampir separuh pemain yang membarisi pasukan merupakan atlet remaja kebangsaan, Nor Saiful percaya 'squad depth' Thunderbolts membolehkannya melakukan rotasi pemain untuk memberi peluang sama rata buat semua pemain.

"Kami perlu menguasai bola lebih lama, maka lebih banyak peluang di kawasan D dan seterusnya jaringan.

"Dengan jangkauan pemain Australia yang agak panjang, pemain negara perlu menolak bola lebih jauh jika ingin menggelecek.

"Perkara ini penting supaya pemain negara dapat bermain esok," katanya. 
 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved