Liat Bayar Duit Kutu, Pengantin Tahan Malu ‘Diserang’ Atas Pelamin

Entertainment
9 Jul 2023 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Untuk mendapatkan wang dalam masa yang singkat, ramai memilih untuk bermain ‘duit kutu’ di mana ia akan disertai oleh beberapa ahli yang lain.

Bagaimanapun, cara ini akan menjadi tidak efektif apabila ada seorang yang mengelat dan berhenti membayar secara tiba-tiba, sekaligus menyukarkan ahli yang lain untuk mendapatkan duit. Kejadian dilaporkan berlaku di Indonesia.

Minta wang atas pelamin

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, seorang wanita bernama Ayu berkongsikan dia turut menghadapi situasi yang serupa apabila seorang individu mendiamkan diri selepas mendapat wang.

Difahamkan, wanita tersebut tidak membayar wang sekitar RM5,000 sehingga membuatkan individu lain tidak mendapat wang mereka.

Bagaimanapun, Ayu mempunyai cara yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Menerusi video tersebut, Ayu bertindak hadir ke majlis perkahwinan Dewi, individu yang melarikan diri tersebut.

image is not available

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan wajah pengantin wanita itu berubah secara tiba-tiba selepas melihatkan kehadiran Ayu bersama yang lain. Untuk rekod, Ayu sudah berkali-kali cuba menghubungi Dewi dan keluarganya namun ia tidak membuahkan hasil.

Terpaksa pilih cara kasar

Difahamkan, si suami cuba untuk menjelaskan perkara yang sebenar sebelum Ayu turun dari pentas. Meskipun tindakannya ini dianggap mengaibkan pengantin di hari bahagia mereka, namun Ayu berkata dia tidak mempunyai cara yang lain untuk menuntut wang.

Masih tiada penjelasan jika Ayu sudah berjaya mendapatkan wang tersebut dari Dewi, namun semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: ayuwess_

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article