Libas koperal: ‘Tangan kiri rasa kebas, darah mula mengalir’

21 Oct 2026 • 10:13 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Libas koperal: ‘Tangan kiri rasa kebas, darah mula mengalir’

RANTAU PANJANG – “Kami menghampirinya kerana sangka dia mahu serah diri, sebaliknya dia menghayunkan parang dan melibas lengan kiri saya.”

Demikian perkongsian seorang anggota polis berpangkat koperal yang cedera diserang ketika melakukan operasi rutin membanteras dadah di Kampung Lalang Pepuyu di Tanah Merah pada 17 Oktober lalu.

Anggota berusia 37 tahun itu berkata, kejadian berlaku ketika dia menyertai sepasukan anggota polis menyerbu sebuah rumah di lokasi berkenaan sebagai sebahagian operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah.

“Semasa kami tiba, suspek ada di rumah bersama ibunya. Suspek berada dalam bilik. Dia yang bersenjatakan parang segera melarikan diri menuju jalan utama sebaik menyedari kehadiran kami,” katanya.

Menurut anggota polis itu, dia bersama rakan setugas mengejar suspek sejauh satu kilometer sebelum lelaki tersebut menyerangnya.

“Kami menghampirinya kerana sangka dia mahu serah diri. Saya mendekatinya untuk melucutkan senjata dan mengambil parang daripada tangannya.

“Sebaliknya, dia menghayunkan parang ke arah saya dan melibas lengan kiri saya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Bapa tiga anak itu berkata, selepas dilibas, lengan kirinya terasa kebas, sebelum melihat darah mula mengalir.

Sepanjang 10 tahun berkhidmat dalam pasukan polis, ia kali pertama mangsa berdepan situasi yang hampir meragut nyawa.

Anggota polis itu dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan keluar hospital, namun masih memerlukan rawatan susulan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

The post Libas koperal: ‘Tangan kiri rasa kebas, darah mula mengalir’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved