Liew Xun-Nicole kandas, Khai Xing-Hong Quan mara

16 Oct 2026 • 8:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Liew Xun-Nicole kandas, Khai Xing-Hong Quan mara

 

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Liew Xun-Nicole Tan terkandas di suku akhir selepas tewas kepada wakil Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Melati Daeva Oktavianti pada Kejohanan Badminton Allianz Malaysia Super 100 di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri, Johor, hari ini.

Liew Xun-Nicole tewas straight set kepada Rehan-Melati 13-21, 6-21 dan sekali gus meranapkan harapan mereka menjejakkan kaki ke separuh akhir, esok.

Sewaktu ditemu bual selepas perlawanan, Liew Xun berkata, pengalaman luas dimiliki beregu Indonesia itu menyukarkan mereka mencari rentak permainan sendiri.

“Mereka lebih berpengalaman dan kami sukar mendapatkan rentak sendiri kerana mereka mampu mengawal tempo permainan. Kami perlu lebih sabar dan mengawal emosi dengan lebih baik di gelanggang,” katanya.

Menurut pemain berusia 23 tahun itu, aspek penggiliran dan kualiti pukulan turut menjadi kelemahan yang perlu diperbaiki sekiranya mereka mahu bersaing dengan pemain lebih berpengalaman.

Nicole pula memberitahu, keadaan gelanggang, termasuk tiupan angin turut mempengaruhi corak permainan mereka.

Dia turut mengakui komunikasinya dengan Liew Xun masih boleh diperbaiki memandangkan kejohanan itu merupakan penampilan pertama mereka selaku pasangan.

“Beraksi menentang pemain terbaik seperti mereka memberi kami peluang mempelajari corak permainan lawan. Kejohanan ini juga membantu saya mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Kami akan membawa pulang pengalaman ini, terus belajar dan bekerja lebih keras dalam latihan,” ujarnya.

Sementara itu, dalam saingan beregu lelaki, wakil negara, Kang Khai Xing-Lok Hong Quan mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas pencabar mereka Chen Bo Yuan-Lu Ming Che dari Taiwan menarik diri ketika ketinggalan 0-3 pada set pertama. – UTUSAN

The post Liew Xun-Nicole kandas, Khai Xing-Hong Quan mara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved