“Lif rosak, kita boraklah dulu” – Wanita Kekal Tenang, Tidak Panik Walau Sangkut Dalam Lif Lebih Satu Jam

Entertainment
15 Sep 2024 • 5:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selalunya, apabila kita tersangkut di dalam lif, sudah tentulah kita rasa panik, bukan?

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini yang sempat berborak-borak dengan seorang lagi pekerja berbangsa Bangladesh walaupun tersangkut dalam lif lebih satu jam.

Dalam video perkongsian oleh @bckupacc99 di laman X, boleh dilihat wanita tersebut kekal tenang dan cuba bersembang kosong dengan pekerja lain untuk menenangkan diri.

Line pun tak ada, apa lagi, kita boraklah,” tulisnya dalam video tersebut.

Menurut pekerja pembinaan yang turut tersangkut dalam lif sama, dia sudah lama bekerja di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, dia bekerja sebagai tukang cat kereta selama 2 tahun dan pernah tinggal di Serdang dan Shah Alam.

Mereka juga sempat berbual mesra sementara menunggu bantuan tiba.

Mujurlah, selepas beberapa ketika, wanita tersebut berjaya diselamatkan oleh pekerja lain. Sebelum itu, pekerja lain bertindak membuka sedikit pintu lif supaya udara boleh masuk.

Dalam ruangan komen, sudah tentulah para netizen bertindak memuji wanita tersebut yang kekal tenang walaupun tersangkut dalam lif bersama orang yang tidak dikenali.

Menurut seorang pengguna yang bernama Aiman, rakyat Bangladesh selalunya baik hati. Katanya, pekerja berbangsa Bangladesh jugalah yang selalu mengajaknya makan dan solat bersama.

“Santai betul, kalau aku dah panik dah sebab pernah stuck dalam lif dulu,” kata JemsSweet.

Setakat ini, video tersebut telah menerima hampir 230,000 tontonan di aplikasi X.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.