Liga M: Selangor tuntut siasatan adil

LocalFootball
13 Nov 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga M: Selangor tuntut siasatan adil

SELANGOR FC akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membantu proses penelitian dan siasatan berhubung insiden kekecohan ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA, Ahad lalu.

Jaminan itu diberikan Gergasi Merah sebagai komitmen bagi memastikan setiap proses siasatan berjalan secara adil dan saksama, sekali gus memelihara imej serta martabat bola sepak tanah air.

“Selangor FC berpegang teguh kepada prinsip profesionalisme dan semangat kesukanan yang tinggi serta akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak FAM.

“Ia bagi memastikan proses siasatan yang adil dan saksama dapat dijalankan berhubung perkara ini demi memelihara martabat bola sepak tanah air,” kata Selangor FC dalam kenyataan, lewat malam kelmarin.

Terdahulu, Selangor FC sudah pun mengesahkan menghantar laporan bertulis secara rasmi kepada FAM dan menyatakan komitmen untuk mempertahankan hak pemain serta pegawai dalam apa jua keadaan.

Aksi Gergasi Merah menentang Kuching City FC di Stadium Taha Ariffin itu dicemari dengan insiden kekecohan membabitkan pegawai dan pemain kedua-dua pasukan di bangku simpanan pada penghujung masa tambahan.

Ia dikatakan tercetus susulan tindakan pemain The Cats, Nazmi Faiz Mansor yang berlari ke arah ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon di kawasan bangku simpanan ketika meraikan jaringan sendiri pemain Gergasi Merah, Mukhairi Ajmal Mahadi.

Jurulatih dari Korea Selatan itu mahu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyiasat tindakan yang dilakukan Nazmi

MFL juga mengesahkan pihaknya telah selesai mengumpul laporan serta bukti berkaitan insiden kekecohan berkenaan dan menyerahkan segala maklumat kepada FAM untuk penelitian serta tindakan selanjutnya menerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, selaras dengan bidang kuasa badan induk berkenaan.

 

The post Liga M: Selangor tuntut siasatan adil appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved