Liga Ragbi Wanita MSNS-KRS: Cobra Venom juara edisi pertama

22 Jun 2025 • 8:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Muhammad Haziq Roshidi

PETALING JAYA, 22 Jun: Pasukan Cobra Venom menjuarai Liga Ragbi Wanita anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)- Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 26-12.

Berlangsung di Padang Astaka Petaling Jaya, skuad Cobra Venom bimbingan Mohammad Faiz Samsukhidir diberi saingan sengit namun berjaya mengekalkan momentum sehingga ke wisel penamat untuk mengetepikan cabaran ATM.

Mohammad Faiz ketika ditemui Media Selangor berkata keserasian antara pemain menjadi faktor kejayaan sepanjang liga berlangsung.

“Kami bersyukur atas kejayaan ini. Pasukan kami bermula agak perlahan di awal saingan liga namun momentum meningkat sedikit demi sedikit. Saya bangga dengan prestasi pemain,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Beliau berkata kemenangan tersebur bukan penamat untuk Cobra Venom dan pemain tetapi permulaan untuk cabaran lebih besar.

“Fokus kami sekarang adalah mempersiapkan pasukan untuk bersaing di pentas Asia. Kami akan terus berusaha dan mempergiatkan latihan,”katanya.

Liga Ragbi Wanita anjuran MSNS- KRS memperkenalkan divisyen wanita dalam format 15 sepasukan (15s). Kejohanan itu mempertandingkan tiga kategori ragbi 15s – saingan lelaki divisyen 1 dan 2 – dan saingan wanita.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved