Liga Super: Melaka FC bangkit atasi Negeri Sembilan

LocalFootball
30 Aug 2026 • 11:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: Melaka FC bangkit atasi Negeri Sembilan

 

MELAKA – Bintang import, Christian De Souza Andre melengkapkan kebangkitan Melaka FC yang raih kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Ia menjadi keputusan yang mengecewakan buat Negeri Sembilan yang terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 orang selepas Khuzaimi Piee diarah keluar padang kerana menerima dua kad kuning.

Sebaliknya, keputusan ini menjadi kebangkitan sempurna buat Melaka FC yang tewas 0-3 kepada Terengganu pada perlawanan pertama.

Terdahulu, Negeri Sembilan dilihat berjaya menguasai permainan dan akhirnya berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-20 menerusi Yusuke Minagawa.

Bagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan 13 minit, menyaksikan Noel Agbre meledak gol penyamaan buat Melaka FC.

Lapan minit selepas aksi bersambung, Negeri Sembilan berada dalam tekanan apabila Khuzaimi menerima kad kuning kedua dan terpaksa meninggalkan permainan lebih awal.

Memasuki masa kecederaan, usaha Melaka FC untuk memburu gol kedua akhirnya berhasil apabila De Souza Andre bijak menyempurnakan umpanan Kpah Sherman. – KOSMO! ONLINE

The post Liga Super: Melaka FC bangkit atasi Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved