
Negeri Sembilan terlepas peluang untuk meraih kemenangan kedua daripada lapan perlawanan Liga Super musim ini apabila mensia-siakan kelebihan satu gol untuk tewas di tangan Terengganu dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.
Selepas separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, tuan rumah diberikan sepakan penalti apabila Luqman Hakim Shamsudin dijatuhkan Azam Azmi Murad dan kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Wan Kuzri Wan Kamal dengan jaringannya pada minit ke-51.
Ketika segalanya kelihatan akan memihak Negeri Sembilan, mereka dikejutkan oleh dua jaringan pelawat pada penghujung permainan.
Jordan Mintah menyamakan kedudukan buat Terengganu pada minit ke-85 sebelum Romel Morales menjaringkan gol kemenangan pasukan Pantai Timur itu pada minit ke-90.
Romel kemudian dibuang padang gara-gara kad kuning kedua tidak lama selepas itu, ia tidak menghalang kemenangan kedua musim ini.




