Liga Super: Sabah FC tewas kali kedua di Likas

LocalFootball
13 Sep 2026 • 10:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: Sabah FC tewas kali kedua di Likas

KOTA KINABALU – Stadium Likas seakan tidak lagi menjadi kubu kuat buat Sabah FC yang merekodkan kekalahan kedua berturut-turut di gelanggang itu dalam aksi Liga Super musim ini.

Pada aksi keempat, sebentar tadi, The Rhinos tewas 1-2 kepada kelab Brunei, DPMM FC.

Hadir dengan misi tebus kecewa ekoran kekalahan 0-2 pada derbi Borneo menentang Kuching City, 5 September lalu, skuad kendalian Juan Torres Garrido seakan tidak mampu untuk menyekat kualiti yang dimiliki DPMM FC.

Terdahulu, DPMM FC memulakan perlawanan dengan positif apabila membuka jaringan seawal minit ke-12 menerusi Ebenezer Abban namun kelebihan itu hanya bertahan 13 minit, menyaksikan tuan rumah kembali menyamakan kedudukan hasil ledakan Gonzalo Ignacio Di Renzo.

Berbanding musim lalu, DPMM FC kali ini hadir dengan kualiti lebih baik dan dilihat sentiasa menghadirkan ancaman kepada benteng pertahanan lawan.

Hasilnya, minit ke-65 DPMM FC berjaya memperoleh gol kedua menerusi Jordan David Murray sekali gus beri tekanan tambahan buat Sabah FC.

Selepas itu, tuan rumah memiliki sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik namun penjaga gol lawan, Samuel Somerville sentiasa tangkas untuk melakukan halangan. – KOSMO! ONLINE

 

The post Liga Super: Sabah FC tewas kali kedua di Likas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved