Liga Super: Selangor FC jaguh sebenar Lembah Klang

FootballSports
13 Sep 2026 • 10:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: Selangor FC jaguh sebenar Lembah Klang

 

PETALING JAYA – Selangor FC terus kekal dengan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan awal Liga Super musim ini selepas kalahkan Kuala Lumpur City 3-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kejayaan ini membolehkan The Red Giants kekal selaku jaguh Lembah Klang dan kemenangan ini menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon muncul pasukan kedua selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya merekodkan kemenangan bersih.

Walaupun aksi agak seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan, Selangor FC memiliki peluang yang lebih berkualiti namun benteng KL City dilihat cukup bersedia untuk menyekat tuan rumah daripada mendapatkan gol awal.

Usaha keras Selangor FC akhirnya terbalas pada minit ke-25 selepas bintang baharunya, A. Selvan tampil tenang untuk memanfaatkan bola muntah.

The Red Giants memiliki beberapa lagi peluang terbaik untuk menambah jaringan namun sering dinafikan oleh kecemerlangan penjaga gol KL City, Ameeul Eqhwan Mohd Fauzi.

Tuan rumah hanya memerlukan enam minit di babak kedua untuk menggandakan kelebihan menerusi bintang sensasinya, Chrigor Moraes dan selang 22 minit selepas itu, penyerang dari Brazil itu terus cemerlang untuk melakukan lorongan yang disempurnakan oleh Eduardo Sosa.

Walaupun dihidangkan beberapa lagi peluang terbaik, Selangor FC terus dihimpit kecewa dengan ketangkasan Ameeul Eqhwan sekali gus terpaksa berpuas hati dengan tiga gol. – KOSMO! ONLINE

 

The post Liga Super: Selangor FC jaguh sebenar Lembah Klang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved