Liga Super: Selangor FC beraksi 10 pemain, ikat KL City 1-1

20 Jul 2022 • 11:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 JULAI: Pertemuan dua pasukan Lembah Klang, Selangor FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC berakhir dengan keputusan 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, malam ini.

Gol Red Giants disumbang kapten pasukan Brendan Gan pada minit ke-37 manakala gol KL City hasil jaringan pemain import Romel Morales pada minit ke-68.

Memasuki separuh masa kedua, Selangor terpaksa beraksi 10 pemain setelah Ahmad Zikri Khalili diperintah keluar padang pada minit ke-55 selepas dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah.

KL City dihadiahkan sepakan penalti selepas Jordan Mintah dijatuhkan Sharul Nazeem namun Romel Morales gagal menyudahkannya selepas Sam Sommerville bertindak cemerlang menyelamatkan penalti.

Keputusan seri menyaksikan Selangor di tangga kelima liga dengan 16 mata manakala KL City mengutip 15 mata di tangga ketujuh.

Perlawanan lain menyaksikan Petaling Jaya City FC seri 2-2 dengan Melaka United FC di gelanggang lawan manakala Penang FC tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved