Liga Super: Selangor FC, JDT kongsi satu mata

3 Sep 2022 • 11:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 OGOS: Selangor FC berkongsi satu mata dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila seri 1 – 1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya malam ini.

Ketinggalan pada separuh masa pertama, skuad Merah Kuning berjaya menyamakan kedudukan melalui pemain import Herlison Caion pada minit ke-81 hasil sepakan percuma.

Pasukan pelawat memperoleh gol awal menerusi tendangan penalti penyerang JDT Bergson da Silva (minit ke-33).

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat dengan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

Selepas 16 perlawanan, JDT kekal mendahului liga dengan 42 mata manakala Selangor FC di tangga kelapan (17).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved