Liga Super: Selangor menang mudah, KL City tewas lagi

LocalFootball
17 Oct 2026 • 11:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: Selangor menang mudah, KL City tewas lagi

SELANGOR FC semakin serius menghantar amaran dalam perebutan kejuaraan Liga Super apabila melakar kemenangan kelima berturut-turut selepas menundukkan Penang FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon mengumpul 15 mata untuk menyamai kutipan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT), sekali gus berada di tangga kedua liga menerusi kelebihan perbezaan jaringan.

Penyerang SFC, Chrigor Moraes menjadi watak penting apabila meledak dua gol pada minit ke-11 dan minit ke-51 sebelum Ahmad Zikri Khalili melengkapkan kemenangan tuan rumah pada penghujung perlawanan.

Penang FC cuba bangkit menerusi jaringan Stefano Brundo pada minit ke-69, namun gagal menghalang SFC daripada meneruskan rentak cemerlang.

Moraes berpeluang melengkapkan hatrik menerusi sepakan penalti, tetapi percubaannya sekadar menggegar tiang gol pada minit ke-71 dengan keputusan kekal hingga wisel penamat.

Sementara itu, di Stadium Hang Jebat, Melaka FC turut mempamerkan kejutan selepas membenam Kuala Lumpur City 3-2 untuk meraih kemenangan kedua musim ini.

Image from: Liga Super: Selangor menang mudah, KL City tewas lagi
Kpah Sherman berjaya mencetak nama selaku penjaring pada perlawanan di laman sendiri, sebentar tadi. – Foto ihsan Melaka FC

Gol-gol skuad Sang Kancil dijaringkan oleh Christian Andre pada minit ke-41, Kpah Sherman (m-54), V. Ruventhiran (m-86) manakala pelawat meraih jaringan hasil penyudah Fareed Sadat serta gol sendiri Syahir Ab Rashid. – KOSMO! ONLINE

The post Liga Super: Selangor menang mudah, KL City tewas lagi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved