Liga Super: TFC, Penang sama kuat

LocalFootball
6 Sep 2026 • 10:11 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: TFC, Penang sama kuat

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) berputih mata gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar terikat tanpa jaringan menentang Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

Tuan rumah terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang sepanjang perlawanan.

Sebaliknya, pasukan lawan kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail terlebih dahulu mengancam gawang TFC pada minit ketujuh menerusi tolakan penyerang Shahrel Fikri Md. Fauzi yang berjaya ditangkis penjaga gol tuan rumah.

TFC hampir mendahului menerusi jaringan penyerang import, Gervane Kastaneer pada minit kesembilan namun dibatalkan pengadil perlawanan, Mohd. Hasrol Mohd. Amir.

Pelawat sekali lagi hampir menghukum kesilapan pertahanan TFC pada minit ke-17 apabila Habib Haroon kehilangan bola, namun rembatan jarak jauh Shahrel Fikri sekadar menggegar tiang sebelum percubaan susulan Bobojonov Murodbek turut tersasar.

Kastaneer sekali lagi berpeluang memecah kebuntuan TFC pada minit ke-41 namun rembatan penyerang tersebut dari dalam kotak penalti sekadar melambung tinggi.

Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan yang melakukan pertukaran pemain dalam usaha meningkatkan intensiti permainan dan memburu gol pembukaan namun gagal membuahkan hasil sehingga wisel penamat ditiupkan. – KOSMO! ONLINE

The post Liga Super: TFC, Penang sama kuat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved