Jaringan pemain kelahiran Baling, Afeeq Iqmal Rosli, mendapat tarikan peminat selepas melakukan umpanan terhadap pertahanan import Korea Selatan Johor Darul Ta'zim (JDT), Park Jun-heong, sebelum menewaskan penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi, dalam perlawanan tertunda Liga Super di Darulaman, semalam.
