Lihat Gajah Pygmy Santai Di Tepi Jalan, Wanita Ini Teruja Dalam Perjalanan Ke Tawau

2 Oct 2022 • 2:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gajah Pygmy Borneo ini merupakan haiwan yang ‘rare’ dan hanya boleh dijumpai di Sabah.

Lihat Gajah Pygmy Santai Di Tepi Jalan, Wanita Ini Teruja Dalam Perjalanan Ke Tawau. Tindakan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan mereka untuk memberi laluan kepada gajah Pygmy Borneo melintas jalan ini telah menarik perhatian ramai.

Pengguna Tiktok, @gene_tay telah memuat naik satu rakaman video miliknya apabila melihat sekumpulan gajah sedang melintas jalan dan sedang santai di kawasan lapang di tepi jalan telah membuat dirinya teruja akan melihat haiwan majestic ini.

image is not available
Lihat Gajah Pygmy Santai Di Tepi Jalan, Wanita Ini Teruja Dalam Perjalanan Ke Tawau

Sekumpulan gajah dilihat sedang melintas jalan raya untuk ke kawasan lapang

Untuk pengetahuan anda, Gajah pygmy Borneo juga dikenali dengan panggilan gajah kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas maximus borneensis dan ia merupakan sub-spesies gajah Asia terkecil jika dibanding dengan gajah biasa.

Menerusi perkongsian di Tiktok, @gene_tay menyatakan bahawa dirinya dalam perjalanan ke Tawau, Sabah. Dan dalam perjalanan, dia memberhentikan kereta untuk memberi ruang kepada sekumpulan gajah Pygmy sedang melintas jalan raya.

image is not available
Sumber gambar: Tiktok @gene_tay

Dalam video tersebut, dilihat orang lain turut memberhentikan kereta untuk memberi ruang kepada gajah-gajah tersebut.

Lihat video penuh di bawah:

@gene_tay

One of my luckiest day. A group of pygmy elephant just chilling next to the road so we’ve decided to just stop for a few minutes to enjoy the sight #borneo #sabah #roadtrip #amazingborneo #malaysia #borneoelephant #kalabakansabah #pygmyelephant

♬ Carrying Your Love – David Morris

Gajah Pygmy ini dilindungi mengikut seksyen II Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar.

Kalau anda nak tahu, mengikut WWF, gajah Borneo secara genetik berbeza dari gajah Asia yang lain. Mereka juga sangat jinak dan pasif, satu lagi sebab saintis berpendapat bahawa mereka berasal dari koleksi domestik.

Akan tetapi, gajah ini juga merupakan haiwan yang termasuk dalam golongan yang terancam. Oleh itu, gajah pygmy ini dilindungi mengikut seksyen II Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar.

image is not available
Sumber gambar: Tiktok @gene_tay

image is not available
Lihat Gajah Pygmy Santai Di Tepi Jalan, Wanita Ini Teruja Dalam Perjalanan Ke Tawau

Ketahui juga lebih lanjut berkenaan dengan gajah spesis rare ini. Baca di pautan di bawah: