“Like a honey from China” – Netizen Terhibur Zayn Malik Kongsi Minum ‘Madu’, Tapi Rupanya..

Entertainment
6 Jun 2024 • 8:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai seorang penyanyi, selain kesihatan mental dan fizikal, suara juga perlu dijaga dengan baik.

Pelbagai cara para penyanyi menjaga suara mereka, salah satunya mengamalkan minuman dan pemakanan secara tradisional.

Seperti perkongsian penyanyi kelahiran British, Zayn Malik juga mengamalkan minuman untuk menjaga pita suaranya.

Dalam satu video tular di TikTok, bekas kumpulan One Direction ini menyatakan bahawa dia mengamalkan satu minuman dirasai seperti madu.

Menerusi video 15 saat itu, Zayn Malik menunjukkan minuman yang diamalkan dan menyatakan ia adalah ‘eliksir istimewanya’.

“Ini seperti madu dari China yang mana ia sangat bagus untuk (penjagaan) pita suara anda. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa.

“Saya bawa ni ke mana saya pergi terutama untuk bernyanyi… campurkan dengan sedikit air…,” ujar Zayn.

“Tu bukan ubat batuk ke…”

Perkongsian Zayn Malik telah meraih perhatian netizen Malaysia apabila melihat minuman yang diamalkan penyanyi itu merupakan ubat batuk dari jenama popular setiap lapisan masyarakat di sini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli hati dan tidak menyangka ubat batuk jenama itu turut diamalkan penyanyi antarabangsa ini.

Malah, ada juga yang mendakwa mengamalkan ubat batuk ini turut berkesan kepadanya untuk melegakan sakit tekak.

image is not available image is not available image is not available

Jika melihat bahan-bahan daripada ubat batuk itu, ia merupakan campuran herba tradisional cina yang melegakan tekak, meredakan batuk dan mengurangkan kahak.

Wow, patutlah suara Zayn lunak. Ini rahsianya…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.