
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (16 Mac), telah berlangsungnya pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti terbabit.
Dalam pemilihan CEC DAP 2025-2028 itu, Ahli Parlimen Damansara, Gobing Singh Deo telah dipilih untuk menjadi Pengerusi Kebangsaan.
Manakala Lim Guan Eng yang turut bertanding bagi mempertahankan jawatan Pengerusi DAP tewas dalam pemilihan itu.
Tewas jawatan Pengerusi, Guan Eng tetap dilantik Penasihat Parti
Meskipun tidak meraih jumlah undi yang tinggi untuk menggalas semula tanggungjawab sebagai Pengerusi DAP, Guan Eng tetap dilantik menjadi Penasihat Parti.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi DAP, jawatan Timbalan Pengerusi Kebangsaan pula digalas oleh Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming,
Sementara Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook pula kekal mempertahankan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung bagi penggal kedua berturut-turut.
Guan Eng hormat keputusan CEC DAP tak pilih dirinya
Dalam pada itu, Guang Eng menyatakan beliau menghormati keputusan CEC DAP yang tidak memilihnya untuk kembali menggalas tugas sebagai Pengerusi DAP.
Bekas Menteri Kewangan itu menjelaskan bahawa beliau menerima keputusan itu kerana ia ditentukan oleh ahli parti dan bukan pihak luar.
“Saya menghormati keputusan yang dibuat tadi oleh CEC. Masa depan saya ditentukan oleh ahli dan bukan orang luar DAP.
“Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi saya. Sekarang kita harus bersatu di bawah kepimpinan Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung,” katanya dipetik Harian Metro.
Terdahulu, dalam pemilihan CEC DAP itu, Gobind yang juga Menteri Digital memperoleh 2,785 undi, diikuti rapat oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dengan 2,631 undi.
Manakala, Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching di tempat ketiga dengan jumlah undian sebanyak 2,585, diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Datuk Ng Suee Lim (2,563 undi) dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke (2,508 undi), lapor Awani.

Source:

![[Review] Bukan Sekadar Untuk Berbuka, Supamala Hotpot Boleh Jadi Port Baru Untuk Moreh](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

![Tular Lelaki Pukul Kepala Penunggang Motosikal Di Persimpangan Lampu Isyarat Dipercayai Mabuk [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)