Tiada rombakan Kabinet meskipun berlaku perubahan kepimpinan CEC DAP: PM

LocalPolitics
17 Mar 2025 • 9:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan tiada rombakan Kabinet akan berlaku meskipun terdapat perubahan kepimpinan dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bagi penggal 2025-2028.

“Itu rombakan Kabinet DAP, dia (parti berkenaan) sudah buat semalam,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku perubahan dalam barisan Kabinet susulan perkembangan terbaharu dalam DAP.

Barisan kepimpinan baharu DAP bagi sesi 2025-2028 menyaksikan Menteri Digital Gobind Singh Deo dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan parti itu.

Bekas penyandang jawatan itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pula dilantik sebagai penasihat parti manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.

Manakala Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kekal memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung parti bagi penggal kedua berturut-turut. - 17 Mac, 2025