
Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengumumkan bahawa beliau telah dimasukkan ke hospital pagi ini akibat jangkitan usus.
Melalui Facebook beliau, Guan Eng maklumkan bahawa beliau akan hentikan sementara semua komitmen kerja selama dua hari sementara beliau menjalani rawatan perubatan dan pemulihan. Beliau juga memohon maaf atas sebarang temujanji yang terlepas dalam tempoh ini.

