Lima akaun bank Mandiri dibekukan polis

LocalBusiness & Finance
28 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lima akaun bank Mandiri dibekukan polis

PETALING JAYA: Sebanyak lima akaun bank dalam siasatan berkaitan Mandiri Development Centre Sdn Bhd (Mandiri) telah dibekukan polis.

Ketua Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Fazlisyam Abdul Majid berkata, siasatan kes berkenaan masih berjalan.

“Setakat ini, lima akaun bank milik pihak yang disiasat dibekukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Fazlisyam enggan mendedahkan nilai lima akaun bank terbabit dan menegaskan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan jumlah individu yang sudah dirakam keterangan setakat ini.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan, kertas siasatan terhadap Mandiri dibuka pada 10 September lalu susulan laporan polis berhubung penerimaan dana yang disyaki hasil daripada aktiviti haram bagi tempoh 2024 hingga 2026.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Siasatan merangkumi aspek penyimpanan, pemindahan dan penggunaan dana serta kemasukan atau pengeluaran wang yang disyaki mempunyai kaitan dengan hasil daripada aktiviti haram.

Pada 22 September lalu, Pengarah Eksekutif Mandiri, Amir Hariri Abdul Hadi dan Pengarah Kewangannya, Dobby Chew ditahan selepas dipanggil polis untuk dirakam percakapan berhubung siasatan berkenaan.

Kedua-duanya kemudian direman selama tiga hari bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan kira-kira jam 11.50 malam pada Khamis lalu.-UTUSAN

The post Lima akaun bank Mandiri dibekukan polis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved