Pencuci kereta rempuh polis trafik direman lima hari

26 Sep 2026 • 2:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pencuci kereta rempuh polis trafik direman lima hari

IPOH: Seorang pencuci kereta direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes anggota polis trafik dirempuh sebuah kereta, yang cuba melarikan diri ketika pemeriksaan sekatan jalan raya di Jalan Silibin, Khamis lepas.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret di sini, selepas menerima permohonan daripada polis bagi siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata Lans Koperal Muhammad Badrul Izwany Pauzi 29 yang mengalami kecederaan parah selepas dirempuh, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sunway Medical Centre Ipoh.

Beliau berkata anggota berkenaan mengalami kecederaan patah tangan kiri dan kaki kanan, menjalani pembedahan di hospital berkenaan semalam.

“Anggota berkenaan kini ditidurkan selepas menjalani pembedahan selama tujuh jam sehingga 6 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi Khamis, anggota trafik itu dirempuh sebuah kereta yang cuba melarikan diri ketika pemeriksaan sekatan jalan raya di Jalan Silibin.

Siasatan lanjut, mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan kenderaan tamat, tempoh selain ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah jenis methamphetamin. – BERNAMA

The post Pencuci kereta rempuh polis trafik direman lima hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved