Lima anggota pengaman, tiga askar Lubnan cedera terkena serangan dron

7 Nov 2024 • 11:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Lima anggota pengaman dan tiga askar Lubnan cedera apabila konvoi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa anggota baharu terkena serangan dron ketika melalui bandar Saida di selatan Lubnan hari ini.

Dalam satu hantaran di X, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) mengesahkan lima anggota pengaman yang cedera, hanya mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan daripada Palang Merah Lubnan di lokasi kejadian.

“Mereka akan meneruskan perjalanan ke pos masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan yang sama menyebut bahawa Tentera Lubnan mengesahkan tiga askarnya yang ditempatkan di pos kawalan berdekatan turut cedera dalam insiden itu.

“Kami mengingatkan semua pihak tentang kewajipan mereka untuk mengelakkan tindakan yang meletakkan pengaman atau orang awam dalam bahaya. Perbezaan harus diselesaikan di meja rundingan, bukan melalui keganasan,” kata UNIFIL.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan yang pasukan Batalion Malaysia 850-12 (Malbatt 850-12) di Lubnan terkena serpihan bahan letupan, dan beberapa anggota dipercayai cedera.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved