Lima Bayi Pramatang Ditemukan Reput Di Hospital Utara Gaza

30 Nov 2023 • 11:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lima bayi pramatang dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan reput di Hospital Kanak-kanak Al Nasr di utara Gaza, Selasa lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf al-Qudra mendedahkan beberapa hospital di utara Semenanjung Gaza menjadi sasaran serbuan Israel sebelum genjatan senjata berlaku.

Lima bayi pramatang reput

image is not available

Susulan serbuan tersebut, sebahagian petugas kesihatan, pesakit diminta untuk melakukan pengosongan tanpa membawa bersama bayi yang baru dilahirkan.

Difahamkan, tentera zionis telah menyekat akses ke unit rawatan rapi (ICU) di kemudahan itu sebelum petugas kesihatan kembali ke hospital tersebut pada malam Selasa lalu.

image is not available

“Di sana, tentera penjajah (Israel) meninggalkan lima bayi pramatang yang ditemukan mereput. Semasa arahan pengosongan hospital, tentera Israel melarang keluarga membawa bersama bayi yang baru lahir itu,” katanya.

Terdahulu, 39 bayi pramatang telah terperangkap di sebuah lagi hospital utama Gaza City, Hospital Al Shifa akibat dikepung dan diserbu tentera zionis.

image is not available

Lapan daripada bayi tersebut meninggal dunia kerana kekurangan bekalan elektrik untuk menjalankan operasi inkubator manakala 31 lagi berjaya dipindahkan ke Mesir bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan beberapa organisasi lain telah membantu ketika memindahkan 31 bayi dari Hospital Al-Shifa ke Hospital Emirati di bandar selatan Semenanjung Gaza, Rafah.