Lima Beranak Rentung, Kediaman Musnah Dalam Kebakaran

13 Feb 2025 • 10:01 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu tragedi menimpa sebuah keluarga apabila lima beranak, termasuk empat kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai, Jasin awal pagi tadi.

Lima beranak termasuk empat kanak-kanak rentung dalam kebakaran

image is not available

Foto: JBPM Melaka

Menurut laporan Harian Metro, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sufian Abu Bakar berkata, kejadian kebakaran tersebut dilaporkan melalui panggilan orang awam pada jam 1.40 pagi kepada pihak bomba.

image is not available

Foto: JBPM Melaka

Beliau turut menyatakan bahawa pihak bomba bertindak menghantar dua jentera bersama 12 anggota abagioperasi pemadaman dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu yang tiba di lokasi pada jam 1.51 pagi.

“Setibanya di lokasi didapati benar terdapat kebakaran membabitkan rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 60 kaki persegi terbakar 80 peratus.

image is not available

Foto: JBPM Melaka

“Siasatan awal menemukan lima mayat iaitu seorang wanita dewasa dan empat kanak-kanak manakala seorang lelaki dewasa ditemui masih bernyawa,” kata Mohd Sufian.

Bagaimanapun, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved