Lima hari hilang, wanita OKU ditemui lemah di paya lombong

LocalHealth & Fitness
5 Aug 2026 • 11:41 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lima hari hilang, wanita OKU ditemui lemah di paya lombong

SEREMBAN – Kebimbangan keluarga terhadap kehilangan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah kesihatan mental sejak lima hari lalu berakhir apabila mangsa ditemui selamat di kawasan Paya Lombong Sega Hilir, Kuala Sawah, petang semalam.

Mangsa berusia 66 tahun itu dilaporkan hilang dari Kampung Sega Tengah Hilir pada 31 Julai lalu sebelum ditemui kira-kira pukul 3.30 petang semalam, hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersepadu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan terus diberikan bantuan awal. 

“Kemudian mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata, operasi SAR membabitkan 52 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Unit K9 bersama seekor anjing pengesan, selain penduduk kampung serta agensi berkaitan.

“Polis merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi sehingga mangsa berjaya ditemui dengan selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lima hari hilang, wanita OKU ditemui lemah di paya lombong appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved