Lima individu termasuk empat penjawat awam ditahan, disyaki rasuah RM25,000

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 8:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lima individu termasuk empat penjawat awam ditahan, disyaki rasuah RM25,000
Perintah reman selama empat hari sehingga 10 Julai terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret Mohd Amiruldin Roslan selepas permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Kangar pada Rabu. Foto SPRM
Image from: Lima individu termasuk empat penjawat awam ditahan, disyaki rasuah RM25,000
Suspek wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar pada Rabu untuk mendapatkan perintah reman. Foto SPRM

KANGAR - Lima individu termasuk empat penjawat awam sebuah institusi pendidikan pra-universiti awam di Perlis direman empat hari bagi membantu siasatan kes disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM25,000.

Kesemua suspek dipercayai menerima wang suapan sebagai balasan membantu sebuah syarikat pembinaan, pembekalan makanan dan perkhidmatan penyelenggaraan mendapatkan beberapa kerja perolehan kerajaan di institusi berkenaan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

Perintah reman selama empat hari sehingga 10 Julai terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret Mohd Amiruldin Roslan selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kangar pada Rabu.

**media[3575849]**

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40-an, ditahan antara jam 2 petang hingga 4 petang pada Selasa ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Perlis.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2024.

“Keempat-empat suspek yang merupakan penjawat awam dipercayai telah menerima wang suapan daripada pemilik syarikat bernilai antara kira-kira RM2,000 hingga RM10,000 bagi setiap projek dengan keseluruhan projek yang diperolehi adalah sebanyak 16,” katanya pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“SPRM tekad menoktahkan budaya salah guna kuasa dan secara tidak langsung melumpuhkan kartel penganugerahan kerja-kerja kepada syarikat kontraktor yang monopoli di institusi pendidikan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved