Suspek kes tikam pelajar perempuan direman empat hari, peguam sahkan alami OKU autisme

7 Jul 2026 • 10:33 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Suspek kes tikam pelajar perempuan direman empat hari, peguam sahkan alami OKU autisme

KUALA LUMPUR - Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman ke atas suspek berusia 15 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok, Kuala Langat, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Mohd Akmalrizal Radzi menerusi pesanan whatsapp, lapor Bernama.

Sementara peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S. Vijeswari Devi mewakili suspek pada hari ini turut mengesahkan anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme.

Terdahulu, suspek berusia 15 tahun tiba di Mahkamah Telok Datok dengan menaiki trak polis pada kira-kira 8.08 pagi tadi sebelum dilihat keluar pada sekitar 9 pagi tadi.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting telah ditahan pihak polis.

JPN Selangor turut memaklumkan pelajar perempuan yang cedera sedang diberikan rawatan di Hospital Banting.

Bapanya ketika ditemui memaklumkan anaknya berusia 15 tahun cedera di bahagian paru-paru selain turut mengalami 16 luka tikaman. - 7 Julai, 2026

The post Suspek kes tikam pelajar perempuan direman empat hari, peguam sahkan alami OKU autisme appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved