Lima jam mekap, Ayda Jebat syukur impian bawa watak hantu tercapai

Entertainment
12 Jun 2024 • 10:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lima jam mekap, impian penyanyi Ayda Jebat untuk membawa watak Hantu Botak akhirnya tercapai ketika dia melakukan persembahan dalam rancangan terbaru Astro iaitu The Hardest Singing Show (THSS).

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat telah memuat naik proses pembikinan Hantu Botak untuk rancangan THSS.

Lima jam mekap untuk effect ini

image is not available

“Salah satu impian saya akhirnya berjaya dicapai. Dapat bawa watak hantu! Nak sangat berlakon jadi hantu dalam filem, tapi dapat perform pun bersyukur dah,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda turut berkongsi persiapan untuk menjayakan solekan itu mengambil masa selama empat hari manakala pada hari persembahan, jurusoleknya mengambil masa selama lima jam.

image is not available

“Persediaan empat hari, makeup lima jam. Contact lense besar gila, merah mata. Hormat dengan artis yang pernah berlakon watak hantu atau pelagak atau mana-mana individu yang pernah bawa watak macam ni.

“Dah lah call time selalunya malam sampai ke pagi,” ujarnya.

Selain itu, penyanyi itu juga mencadangkan untuk watak hantu tersebut dijadikan sebuah filem disamping memberikan ucapan terima kasih kepada jurusolek yang menjayakan solekan itu.

“Terima kasih Kak Ella dan team solekkan adik dan dua pelagak saya. Kita buat filem jom karakter ni,” ujarnya.

Lima jam mekap manakala persediaan pula ambil masa 4 hari

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji hasil solekan tersebut yang kelihatan sangat nyata dan ia menyeramkan.

Nampak real sangat!

image is not available

Seram dik, takut buat kerja malam

image is not available

Patut nyanyian lari sikit, mekap susah nyanyi

image is not available

Performance sangat hebat ye!

image is not available

Sekadar info, walaupun solekan Ayda dipuji ramai, namun penyanyi itu berada di kedudukan dua tercorot bagi minggu kelima rancangan THSS yang berlangsung pada Ahad.

Menurut Ayda, dia sendiri bersetuju dengan kedudukan tersebut kerana faham disebabkan solekan itu juri susah untuk melihat reaksi wajah penyanyi itu ketika persembahan.

Sumber: Instagram Ayda Jebat