Ayda Jebat Pesan Kepada Peminat Jangan Sesekali Bercakap Buruk Mengenai Artis Lain Di Media Sosial

9 Jun 2024 • 10:47 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan sebab mengapa dia meluahkan perasaan di platform X tempoh hari mengenai rasa tidak suka sesetengah kelompok individu terhadapnya dirinya, terutama ketika dia kini sedang mengikuti pertandingan The Hardest Singing Show (THSS).

Ayda berkata, disebabkan misinya untuk melakukan yang terbaik, dia mahu tetap fokus dengan apa yang ada dihadapan, bukan di belakangnya.

Pesan kepada peminat

“Kalau ikutkan nak terasa hati tu banyak kali… Saya rasa mungkin kita dalam competition (THSS) dan penat yang saya alami itu sudah sampai luar limitasi. Bila baca orang tak appreciate kita buat atau orang rasa kita tak bagus atau ada artis lain yang lebih bagus.
 


Menurut Ayda, dia juga seorang manusia biasa dan ‘terasa hati’ itu dianggap satu hal yang normal bagi dirinya.

“Kalau nak cakap terasa hati, of course ada. Kita manusia, bukan robot. Apa dia cakap tu kadang-kadang buat saya mahu give up juga. Kita ni kuat untuk buat apa yang kita suka. I want to be in this competition, not just to win, insya-Allah, tapi untuk buat persembahan.

“Dari dulu kita nak buat apa dan tunjukkan apa yang kita mampu buat. Bukan saya sahaja malah artis lain juga.
 






Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.