Jerebu: Enam kawasan di Sarawak catat IPU berbahaya

LocalEnvironment
1 Sep 2026 • 6:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Enam kawasan di Sarawak catat IPU berbahaya
Pemandangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kelihatan kabur akibat jerebu dengan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 5 petang. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR -  Enam kawasan di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 5 petang ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 377.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), lima lagi kawasan yang mencatat bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (351), Sarikei (339), Sibu (325), Samarahan (323) dan Sri Aman (304).

Tiga kawasan mencatat bacaan tahap sangat tidak sihat, iaitu Bintulu (250), Mukah (243) dan Samalaju (230) manakala 11 pada tahap tidak sihat dengan stesen pemantauan di Institut Latihan Perindustrian Miri merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 191 diikuti Miri (186), Kapit (186), Kota Kinabalu (177), Limbang (173) serta Labuan (170).

Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah Kimanis (166), Keningau (165), Politeknik Kota Kinabalu (159) dan Tawau (153) di Sabah manakala Johan Setia di Selangor (156).

Sementara itu, 48 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved