Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

LocalEnvironment
14 Aug 2026 • 3:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor dan seluruh kawasan di negeri Kelantan.

Hujan Lebat Petang Ini

"Di Perak, melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk, Kinta, Perak Tengah, Hilir Perak, Batang Padang, Kampar dan Muallim. Manakala di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

"Selain itu, di Pahang daerah yang diramal hujan adalah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Jerantut, Temerloh, Bera dan Pekan.

"Sementara di Selangor, daerah diramal hujan melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Image from: Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: Malaysian Meteorological Department via Facebook


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved