Hujan lebat di KL, Selangor dan utara

14 Aug 2026 • 11:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hujan lebat di KL, Selangor dan utara

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lapan negeri sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, MetMalaysia memaklumkan, berkenaan melibatkan seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di Perak, kawasan yang terjejas ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung dan Bagan Datuk.

Sementara itu, di Selangor, amaran melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

Menurut jabatan itu, keadaan sama dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.-KOSMO! ONLINE

The post Hujan lebat di KL, Selangor dan utara appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved