Lima negeri dominasi eksport berjumlah 82.5% pada Mei 2023 - DOSM

28 Jun 2023 • 2:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Lima negeri dominasi eksport berjumlah 82.5% pada Mei 2023 - DOSM

zulfadli

28/06/2023 - 14:55

KUALA LUMPUR 28 Jun - Lima negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur menjadi pengeksport utama pada Mei 2023 dengan menyumbang sebanyak 82.5% daripada jumlah eksport Malaysia bagi tempoh tersebut, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan Statistik Import Mengikut Negeri Mei 2023 hari ini, ia berkata jumlah eksport negara bagi bulan itu mencecah RM223.8 bilion dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM119.6 bilion dan RM104.2 bilion.

Pulau Pinang mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport utama dengan menyumbang 29% dan diikuti oleh Johor (21.1%); Selangor (18.5%); Sarawak (8.1%) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5.8%).

Menurut DOSM, eksport susut 0.7% atau RM884.4 juta (-0.7%) berbanding bulan sama pada 2022 manakala import turun 3.3% bagi tahun ke tahun atau RM3.6 bilion.

Kebanyakan negeri mencatatkan eksport lebih rendah termasuk Pulau Pinang (-RM2.4 bilion); Sabah (-RM1.1 bilion); Sarawak (-RM942.2 juta); Pahang (-RM742.7 juta); Labuan (-RM594.2 juta); Terengganu (-RM394.3 juta); Perak (-RM156.3 juta) dan Johor (-RM71 juta).

Namun, nilai eksport meningkat di Selangor iaitu RM2 bilion; Kuala Lumpur (+RM1.3 bilion); Kedah (+RM1.0 bilion); Negeri Sembilan (+RM423.4 juta); Melaka (+RM324.1 juta); Kelantan (+RM273.0 juta) dan Perlis (+RM3.5 juta).

Dalam pada itu, jabatan itu berkata, prestasi import mengikut negeri pada Mei 2023 turun RM3.6 bilion (-3.3%) daripada tempoh sama pada 2022.

image is not available

"Penurunan ini berikutan import lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (-RM7.9 bilion); Kedah (-RM1.2 bilion); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (-RM1.2 bilion); Perak (-RM325.3 juta); Labuan (-RM190.1 juta) dan Pahang (-RM21.2 juta)," katanya.

Bagaimanapun, sembilan negeri mencatat peningkatan import iaitu Selangor (+RM3.3 billion); Johor (+RM1.4 bilion); Melaka (+RM1.2 bilion); Sarawak (+RM733.3 juta); Terengganu (+RM290.5 juta); Negeri Sembilan (+RM143.2 juta); Sabah (+RM119.7 juta); Perlis (+RM37.9 juta) dan Kelantan (+RM7.9 juta), lapor Bernama.

Menurutnya, Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan merekodkan 28.1% dan seterusnya Johor (22.2%); Pulau Pinang (19.7%); Kuala Lumpur (6.7%) dan Kedah (4.8%). - DagangNews.com