Lima Pelajar Sabah Berjaya Terbitkan Artikel Bahasa Inggeris di Majalah Nusantara

12 May 2025 • 1:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anak KV Keningau Tembusi Penerbitan Antarabangsa

Lima Pelajar Sabah Berjaya Terbitkan Artikel Bahasa Inggeris di Majalah Nusantara. Lima remaja dari Sabah yang juga pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau telah mencipta pencapaian membanggakan apabila artikel mereka diterbitkan dalam majalah Bahasa Inggeris E-Magz keluaran STKIP PGRI Pacitan, Indonesia. Artikel tersebut bertemakan Hari Buku Dunia dan diterbitkan dalam edisi 30 April 2025.

Kelima-lima pelajar terbabit datang dari jurusan berbeza dalam bidang vokasional – pendidikan awal kanak-kanak, kosmetologi, bakeri dan pastri serta pengurusan perniagaan.

image is not available
Lima Pelajar Sabah Berjaya Terbitkan Artikel Bahasa Inggeris di Majalah Nusantara

Pelajar-pelajar tersebut ialah:

  • Jeorgienn Yvelle
  • Syehekeel Daniel Hanry
  • Rosselina Senora Ungkak
  • Nurul Huriyah Mahirin
  • Rabiatul Adawiyah Hardy

Topik Yang Membina Jiwa dan Minda

Artikel mereka mengupas pelbagai aspek berkenaan buku dan penulisan, antaranya:

  • Peranan buku dalam perkembangan tamadun manusia
  • Kepentingan budaya membaca dalam masyarakat
  • Amalan menulis sebagai catatan perjalanan hidup

Lebih membanggakan, semua artikel ditulis dalam Bahasa Inggeris dengan bimbingan dan semakan guru sebelum dihantar ke pihak penerbit.

Saringan Ketat, Tapi Mereka Berjaya

Majalah E-Magz hanya menerbitkan enam artikel terpilih bagi setiap edisi dwibulanannya. Ini menjadikan pemilihan artikel dari pelajar Malaysia sesuatu yang sangat istimewa dan membanggakan.

Pengarah KV Keningau: “Ini Bukti Bakat Mereka Luar Biasa”

Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti pelajar-pelajarnya mampu menguasai kemahiran berbahasa dan menulis yang penting untuk masa depan mereka.

Majalah ini boleh diakses secara dalam talian melalui pautan rasmi:
https://pbi.stkippacitan.ac.id/e-magazine/

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kehebatan anak Sabah: