Lima penduduk Membakut terima Rumah SMJ

15 Dec 2024 • 3:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

MEMBAKUT: Lima rumah SMJ diserahkan kepada penduduk masing-masing satu di Kg Bawan, Kg Manggis, Kg Poring, Kg Lampijas dan Kg Biau di sini sebagai tanda penghargaan kepada rakyat yang memberikan sokongan kepada kerajaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Ariffin Arif berkata demikian selepas penyerahan kunci rumah SMJ di sini, baru-baru ini, menambah ia merupakan hadiah sempena sambutan hari Natal.

AdvertisementAntara penerimanya ialah Yoanes Sina dan Marcos Simon, masing-masing di Kg Manggis dan Kg Bawan, serta tiga lagi dari tiga kampung lain.

“Bagi mereka yang menyambut Hari Natal, diharap keluarga ini akan lebih ceria tinggal di rumah baharu menjelang sambutan tidak lama lagi,” kata Dr Mohd Ariffin.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Beliau menambah kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada sesiapa saja yang layak, tetapi mereka perlu membuat permohonan terlebih dahulu melalui Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat.

“Rakyat juga harus berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana prihatin untuk meluluskan rumah tersebut,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Hadir sama Pegawai Daerah Membakut Ibrahim Terki dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Membakut Suraya Ibrahim.

View Original Article