Lima prospek SHG dibebas sempena Kaamatan

30 May 2025 • 9:32 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Sempena Pesta Kaamatan tahun ini Sekolah Henry Gurney (SHG) Keningau membebaskan lima prospek di bawah program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani “Kepulangan Yang Dinanti”.

Pelepasan prospek disempurnakan oleh Pengarah SHG Keningau Penolong Komisioner Penjara (PKP) Sirajuddin Abdul Majid dalam satu majlis ringkas di Dewan Kristal sekolah itu.

Sirajuddin berkata, tiga daripadanya akan ditempatkan dengan majikan dan dua akan kembali bersama keluarga.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Pelepasan Madani Sempena Pesta Kaamatan 2025 ini adalah satu titik mula lembaran baru kepada prospek menjadi insan berguna dan mampu menyumbang kejayaan kepada negara,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap prospek yang dibebaskan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan untuk insaf dan menjalani kehidupan bersama masyarakat.

“Gunakan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi, terutama dalam bidang pertanian yang dipelajari semasa berada dalam tembok,” katanya.

Sempena majlis itu Sirajuddin menyampaikan zakat kepada prospek terlibat sebagai suntikan semangat kepada mereka agar menjalani pemulihan bersama komuniti dengan penuh keyakinan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah SHG Keningau Johari Chok Tang, Timbalan Penguasa Penjara Sharudin Tahir yang juga Ketua Bahagian Korektif sekolah itu, dan Ketua Inspektor Penjara Stanley Jumin yang juga Ketua Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Keningau.