
KENINGAU: Kumpulan Tukang-Tukang muncul sebagai juara pertandingan tarian etnik kreatif 2025 kategori kumpulan sempena Pesta Kaamatan peringkat Daerah Keningau yang berlangsung di pentas Dataran Keningau pada Sabtu.
Naib juara dalam kategori ini disandang oleh Tatarigas Dancer & Art Club manakala tempat ketiga jatuh kepada Warisan Seni Budaya Kampung Masak.
Tiga lagi kumpulan terdiri daripada Dyvete Dudai, Badau Dance Troufe dan Persatuan Gana Bingkor masing-masing menerima hadiah saguhati.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Bagi kategori duo, gandingan Darylene Calista Delvin dan Clevery Xiaverra dinobatkan sebagai johan.
Tiada pemenang kedua dan ketiga dalam kategori ini dan tiga gandingan lain masing-masing menerima hadiah saguhati.
Sementara itu, Darlyne Calista Delvin Uik merangkul gelaran juara perseorangan manakala Clevery Xiaverra, Elena Diane Freadoline dan Regina Cassie Freadoline masing-masing menerima hadiah saguhati.
Pertandingan ini dirasmikan oleh Datin Doris Jopirit, isteri Adun Bingkor Datuk Robert Tawik, sekali gus menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
Pesta Kaamatan peringkat Daerah Keningau yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat dan berakhir hari ini (Ahad) dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

