Lima rakyat China antara 15 didenda tipu warga asing tawar kerja tidak wujud

30 Sep 2026 • 12:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lima rakyat China antara 15 didenda tipu warga asing tawar kerja tidak wujud
Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Seramai 15 lelaki termasuk lima warga China yang menganggotai sindiket penipuan didenda RM3,500 dan RM4,200, jika gagal bayar akan dikenakan enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas kesalahan menawarkan pekerjaan tidak wujud kepada warga asing.

Tertuduh, Liew Ming Hui, 23; Chong Yong Xuan, 25; Gan Kai Lin, 20; Gan Wei Xiang, 23; Myles Tan Yi, 21; Eldrick Tan Chin Lim, 24; Tan Hong Wei, 23; Dennis Chong Wen Wei, 28 dan Chuah Kian Wei, 21, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu dihadapan Majistret Nurzihan Abdul Rehman.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan penipuan dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud secara dalam talian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat D21-03, East Ledang, Nusajaya, jam 5.30 petang pada Jumaat lalu.

Sementara itu, dihadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab, enam lelaki termasuk lima warga China juga mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin.

Tertuduh, Yau Chin Lin, 33; Dong Ningning, 34; Chen Haihui, 40; Wang Mengnan, 34; Li Xing, 28, dan Sun Qixin, 30, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah beralamat B-10-16, East Ledang, Nusajaya, jam 2.30 petang tarikh yang sama.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 120B(2) kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 417, memperuntukkan hukuman enam bulan penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam Gan Chee Sheng dan Chuah Shyue Chien secara berasingan memohon hukuman denda yang ringan memandangkan semua tertuduh mempunyai tanggungan keluarga termasuk ibu bapa, isteri serta anak.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Deana Aqilah Aliman dan Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal juga secara berasingan memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada semua tertuduh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved