Lima rumah, empat motor hangus di Kota Marudu

11 Jul 2026 • 3:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lima rumah, empat motor hangus di Kota Marudu

KOTA MARUDU: Lima rumah dan empat motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Talantang, Jalan Damai, di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, PKPgB Debli Mamoi berkata, seramai 11 anggota diketuai PBK II Aloysius Juin Asumo bersama dua jentera digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 15km dari balai sebaik menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada jam 2.19 pagi.

Beliau berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 2.43 pagi dan menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki dengan tiga pancutan air daripada jentera serta sumber air terbuka.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.17 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.33 pagi,” katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, sementara punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved