Lima sekeluarga rentung dalam kebakaran dalam rumah di Raub

26 Feb 2026 • 9:32 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR -  Kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub, awal pagi tadi telah mengorbankan lima sekeluarga termasuk tiga anak perempuan.

Balai Bomba dan Penyelamat Raub dalam kenyataan di Facebook berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian pada jam 3.45 pagi.

Menurut Bomba, mangsa terdiri daripada suami, isteri dan tiga anak perempuan.

"Setibanya di lokasi didapati terdapat kebakaran melibatkan sebuah rumah anggaran keluasan 40 x 30 kaki persegi jenis binaan separuh kekal, tiga biji kereta dan tiga biji motosikal.

"Pasukan bomba menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dan menggunakan sumber air dari dua pancutan air tangki pam jentera. Operasi pemadaman turut dibantu oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar 3.35 pagi tadi.

“Sejurus pemadaman kita menjumpai kesemua mangsa di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut, “ katanya, lapor Bernama. - 26 Februari, 2026

The post Lima sekeluarga rentung dalam kebakaran dalam rumah di Raub appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved