Lima termasuk dua remaja didakwa bergaduh di restoran ketika tonton Piala Dunia

23 Jul 2026 • 1:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lima termasuk dua remaja didakwa bergaduh di restoran ketika tonton Piala Dunia
Kesemua tertuduh ditahan polis selepas kejadian pergaduhan ketika menonton perlawanan akhir Piala Dunia membabitkan pasukan Sepanyol dan Argentina, di restoran di Taman Daya.
Image from: Lima termasuk dua remaja didakwa bergaduh di restoran ketika tonton Piala Dunia
Lima lelaki termasuk dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan bergaduh di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam.
Image from: Lima termasuk dua remaja didakwa bergaduh di restoran ketika tonton Piala Dunia
Majistret menjatuhkan hukuman denan RM700 terhadap tiga tertuduh sekiranya gagal bayar tujuh hari penjara
Image from: Lima termasuk dua remaja didakwa bergaduh di restoran ketika tonton Piala Dunia
Kesemua tertuduh di bawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Lima lelaki termasuk dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan bergaduh di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam, Isnin lalu.

Tertuduh, Abdullah Tenis Munisamy, 38; Keevaan Jay Arkesh Rajendran, 28; Muhammad Nafiz, 19, dan dua lagi remaja berusia 15 dan 17 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan Majistret Nurzihan Abdul Rehman.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan niat bersama bergaduh di sebuah restoran Taman Daya di sini kira-kira jam 5.40 pagi pada 20 Julai lalu.

**media[3591971]**

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Eizlan Azhar manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

**media[3591973]**

Majistret menjatuhkan hukuman denda RM700 terhadap tiga tertuduh sekiranya gagal bayar tujuh hari penjara

Seterusnya, mahkamah menetapkan 1 September depan bagi serahan laporan akhlak pesalah muda berusia 15 dan 17 tahun.

**media[3591974]**

Pada Isnin, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad mengesahkan polis menahan 12 lelaki berusia 15 hingga 38 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan ketika menonton perlawanan akhir Piala Dunia membabitkan pasukan Sepanyol dan Argentina, di restoran di Taman Daya.

Sebelum itu, tular video berdurasi 37 saat di media sosial memaparkan pergaduhan dan tindakan agresif membaling kerusi membabitkan beberapa pelanggan di restoran.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved