Lima Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Lelaki Maut Ditikam Di Kajang

22 Jul 2026 • 11:00 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Lima Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Lelaki Maut Ditikam Di Kajang

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Polis menahan lima lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang ditemukan dengan kesan tikaman di Bandar Mahkota Cheras, Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Beliau berkata tangkapan pertama dibuat semalam melibatkan seorang suspek yang kini direman enam hari hingga 26 Julai ini.”Empat lagi suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.

Ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati mereka negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron ketika mengulas identiti mangsa berkata mangsa seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an yang bekerja di sekitar kawasan kejadian.Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kecederaan akibat tikaman senjata tajam pada bahagian abdomen berhampiran Bandar Mahkota Cheras pada 8.45 pagi.

Hasil pemeriksaan forensik dan bedah siasat di Hospital Kajang mengesahkan punca kematian mangsa akibat pendarahan teruk susulan kecederaan tikaman.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Ong Eng Yew di talian 012-696 6849 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

The post Lima Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Lelaki Maut Ditikam Di Kajang appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved