Lima warga emas parah, 16 cedera nahas bas

19 Nov 2026 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lima warga emas parah, 16 cedera nahas bas

PAPAR: Lima penumpang warga emas parah manakala 16 lagi cedera ringan selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabas ketika menuruni bukit di Jalan Bukit Kimanis-Keningau, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, bas berkenaan yang membawa 21 penumpang, termasuk tiga paderi, dipercayai dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Labuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Nelson Ponji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.34 tengah hari.

Katanya, seramai enam anggota dari BBP Kimanis dibantu dua anggota dari BBP Papar digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 25 kilometer dari balai berkenaan.

“Kejadian melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 21 penumpang terdiri daripada rombongan gereja, termasuk tiga paderi.

“Berdasarkan maklumat awal, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Pasukan bomba bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat serta memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Nelson berkata, berdasarkan maklumat awal, lima mangsa dilaporkan tersepit di dalam bas berkenaan.

“Bagaimanapun, kesemua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala 16 mangsa lagi mengalami kecederaan ringan.

“Lima mangsa yang parah terdiri daripada dua lelaki berusia 71 dan 64 tahun yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, dada dan bahu, selain patah tangan serta bengkak.

“Tiga lagi mangsa wanita berusia antara 60 hingga 64 tahun masing-masing mengalami kecederaan di bahagian dada dan kepala, patah kaki serta patah jari,” katanya.

Susulan kejadian itu, Nelson berkata, pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum mereka dihantar ke hospital.

“Operasi ditamatkan pada 2.55 petang selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved