Limp Bizkit gegar Malaysia buat kali pertama 9 Disember ini

EntertainmentMusic
24 Nov 2026 • 9:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Limp Bizkit gegar Malaysia buat kali pertama 9 Disember ini

PETALING JAYA – Selepas sekian lama dinanti peminat muzik rock tempatan, kumpulan nu-metal terkenal Amerika Syarikat (AS), Limp Bizkit, akhirnya bakal mengadakan persembahan sulung di Malaysia menerusi konsert Limp Bizkit Live in Malaysia – One-Stop Asia Show pada 9 Disember depan.

Konsert anjuran Hitman Live dan Hitman Solutions itu dijadual berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, bermula pukul 8 malam.

Lebih istimewa, Kuala Lumpur menjadi satu-satunya persinggahan jelajah Asia kumpulan berkenaan sepanjang 2026, sekali gus memberi peluang kepada peminat tempatan menyaksikan sendiri aksi bertenaga kumpulan yang sinonim dengan genre nu-metal itu.

Dikenali menerusi lagu popular seperti Rollin’, My Way, Break Stuff dan Nookie, Limp Bizkit dijangka menghangatkan pentas menerusi deretan karya yang pernah mencetuskan fenomena dalam arena muzik rock antarabangsa.

Kehadiran kumpulan itu pastinya menjadi momen dinanti-nantikan peminat yang sekian lama mengikuti perjalanan muzik mereka, apatah lagi Malaysia dipilih sebagai satu-satunya destinasi jelajah Asia bagi tahun ini.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket, pembelian boleh dibuat menerusi platform Ticket2U dan Megatix serta laman rasmi penganjur, Hitman Live. Maklumat lanjut mengenai konsert dan penjualan tiket boleh didapati menerusi platform berkenaan. – KOSMO! ONLINE

View this post on Instagram

 

The post Limp Bizkit gegar Malaysia buat kali pertama 9 Disember ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved