Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jelajah BTS World Tour ‘Arirang’ di Malaysia akan berlangsung pada 12 dan 13 Disember ini di TM Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Semua ahli grup akan turut serta bagi jelajah tahun ini iaitu RM (Kim Namjoon), Jin (Kim Seokjin), SUGA (Min Yoongi), j-hope (Jung Hoseok), Jimin (Park Jimin), V (Kim Taehyung) dan Jung Kook (Jeon Jungkook).
Bagi menyambut ketibaan kumpulan K-Pop terkenal ini, sudah tentu fandomnya di Malaysia, ARMY menganjurkan pelbagai projek ini termasuklah ‘Light Up Project’ yang mana cahaya ungu akan menerangi beberapa mercu tanda di ibu kota.
Bangunan yang disasarkan adalah Menara Berkembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Menara TSLaw dan Menara Sentral RAC.
Difahamkan idea itu tercetus apabila ketua grup itu, Nam-joon telah memuat naik foto di Instagram Story sebelum ini menunjukkan projek lampu pada sebuah menara di negara lain.
![Image from: Nak Sambut Ketibaan BTS Di Malaysia, ARMY Sasar Kumpul RM43k Untuk ‘Purple-kan’ Langit KL [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/projek-lampu-BTS.jpg)
Oleh disebabkan itu, rata-rata ahli ARMY Malaysia mahu turut merealisasikan projek sama di tanah air sebagai tanda penghargaan dan sokongan mereka terhadap BTS, sekaligus memberikan sambutan istimewa buat kumpulan itu sepanjang berada di Malaysia.
“Kepada semua ARMY! Korang ada nampak Instagram Story Namjoon baru-baru ini? Mesti seronok kalau Namjoon atau ahli BTS yang lain ambil gambar Menara TSLaw dan post di media sosial mereka kan?
“Kalau korang nak benda ni jadi di Malaysia, kami perlukan bantuan korang! Tak kira besar atau kecil jumlah sumbangan, setiap sumbangan amat bermakna,” kata seorang pengguna Threads (yandyan).
View on Threads
ARMY Berjaya Kumpul RM8,683 Setakat Ini
Dana yang diperlukan bagi merealisasikan projek itu adalah sebanyak RM43,220 bagi pencahayaan selama tiga malam.
Menerusi perkongsian seorang peminat dengan nama pengguna (v_eyza1301), setiap ARMY dicadangkan untuk menyumbang mininum RM10 dan tarikh akhir bagi pengumpulan dana ini adalah pada 30 November 2026.
Buat masa ini, sebanyak RM8,683 sumbangan telah terkumpul.
View on Threads
‘Mana Kerajaan? Negara Jiran Kita Dah Mula Warnakan Bandar Mereka Dengan Warna Ungu’ – ARMY
Dalam pada ramai peminat BTS yang bersemangat untuk turut serta dalam projek besar-besaran itu, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan pihak kerajaan yang dikatakan tidak mengambil peluang ini untuk meningkatkan sektor pelancongan negara.
“Tengok ARMY Malaysia bersungguh-sungguh usaha dan sanggup adakan kutipan dana untuk menjayakan projek KL Purple Project. Tapi, di mana peranan kerajaan, pemilik bangunan, pusat beli-belah dan pihak hotel? Kenapa mereka tak ambil peluang ni?
“Negara jiran kita dah mula warnakan bandar mereka dengan warna ungu. BTS bukan sekadar bawa konsert, malah turut tarik kedatangan pelancong.
“Bayangkan apa yang Malaysia boleh capai kalau kerajaan dan sektor swasta bekerjasama, bukannya biarkan peminat usahakan semuanya sendiri,” kata seorang ARMY.
View on Threads
ARMY Mohon Anwar Ibrahim Manfaatkan Konsert BTS Dengan Adakah Kempen Tahun Melawat Malaysia
Sementara itu, ada juga yang menghantar mesej peribadi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, meminta kerajaan supaya melakukan sebarang inisiatif bagi menyambut ketibaan BTS dan bersempena jelajah dunia ‘ARIRANG’.
“Impak mereka kepada dunia adalah sangat besar dan saya percaya ini peluang yang bagus untuk Malaysia untuk mempromosi negara kita dan lakukan kempen Visit Malaysia.
“Saya harap Datuk Seri boleh dengar suara kami sebab konsert BTS bukan sahaja manfaatkan peminat tetapi juga pelancongan negara,” kata seorang lagi ARMY.
Namun ada pengguna Threads yang berpendapat cubaan menghubungi PM untuk perkara sebegitu adalah memalukan.
“Peminat korang kan ada. Tak payah la selalu mesej PMX macam ni. Memalukan. Dekat dunia ni bukan hidup ada BTS sahaja,” katanya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Putri Dahlia Teruja, Tak Sangka Jungkook BTS Dengar & Suka Lagu Old Love Nyanyiannya Bersama Yuji [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Comel! Alpaka Jalan-Jalan Di IOI City Mall, Peminat Kata Nampak Macam Seok-jin BTS [Video]
