LINDUNG 24 Jam Tak Lagi Wajib Untuk Pekerja Tempatan, Kekal Mandatori Bagi Pekerja Asing

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 10:19 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Terkini! Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau LINDUNG 24 Jam tidak lagi diwajibkan kepada pekerja tempatan. Keputusan ini diambil selepas kerajaan mengambil kira pandangan rakyat.

Memetik kenyataan media yang dikongsi, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan memaklumkan, pelaksanaan skim berkenaan kini dibuat secara sukarela dan berkuat kuasa serta-merta.

Pekerja tempatan diberi pilihan

lindung

Dengan keputusan baharu ini, pekerja tempatan boleh memilih sama ada mahu mencarum dalam skim tersebut atau tidak, bergantung kepada keperluan dan pertimbangan masing-masing.

Mekanisme pelaksanaan dan proses penyertaan secara sukarela bagi pekerja tempatan akan diumumkan oleh PERKESO dalam tempoh terdekat.

Kekal wajib untuk pekerja asing

View this post on Instagram

A post shared by Kementerian Sumber Manusia (@mykesuma)

Walaupun pelaksanaan untuk pekerja tempatan kini dibuat secara sukarela, caruman skim LINDUNG 24 Jam masih kekal mandatori bagi pekerja asing.

Menurut kenyataan sama, pelaksanaan tersebut akan diteruskan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Dalam masa sama, PERKESO menegaskan skim ini masih merupakan satu inisiatif penting bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja.

Lindung pekerja di luar waktu kerja

perkeso

Menurut kenyataan tersebut, usaha menjaga kebajikan dan keselamatan sosial seluruh tenaga kerja di Malaysia tetap menjadi keutamaan PERKESO sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Skim LINDUNG 24 Jam bertujuan memberi perlindungan kepada pekerja sekiranya berlaku kemalangan di luar waktu dan tempat kerja.

Perlindungan itu termasuk ketika pekerja menjalankan aktiviti harian, bukan hanya semasa berada di tempat kerja.

KESUMA akan teliti semula mekanisme skim

View this post on Instagram

A post shared by Jabatan Penerangan Malaysia (@japenmalaysia)

Kementerian Sumber Manusia atau KESUMA turut memaklumkan bahawa mekanisme pelaksanaan skim ini akan diteliti semula menjelang penghujung tahun.

Penelitian itu merangkumi hala tuju dasar, keberkesanan pelaksanaan serta kemampanan dana bagi memastikan skim berkenaan terus memberi manfaat kepada rakyat.

Sekiranya perlu, hasil penelitian itu akan dibentangkan ke Parlimen bagi cadangan pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta 4.

PERKESO juga akan terus memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan sosial, selain memastikan rakyat menerima maklumat yang jelas dan tepat berhubung manfaat skim tersebut.

Pssttt! Keputusan menjadikan LINDUNG 24 Jam sebagai pilihan sukarela untuk pekerja tempatan ini pastinya melegakan sebahagian rakyat yang sebelum ini bimbang dengan caruman tambahan.

Namun, pada masa sama, perlindungan sosial tetap penting kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa, termasuk di luar waktu kerja. Jadi, pekerja tempatan yang berkemampuan mungkin boleh pertimbangkan manfaat skim ini sebelum membuat keputusan.

Kredit: Instagram KESUMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post LINDUNG 24 Jam Tak Lagi Wajib Untuk Pekerja Tempatan, Kekal Mandatori Bagi Pekerja Asing appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved