Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (8 Julai) Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan jemaah menteri telah bersepakat memutuskan caruman Skim LINDUNG 24 Jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak lagi mandatori (wajib) kepada semua pekerja ia berkuat kuasa serta-merta.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Caruman Skim LINDUNG 24 Jam Kepada Pekerja Tidak Lagi Mandatori – Fahmi Fadzil
Pekerja tempatan boleh buat caruman Skim LINDUNG 24 Jam secara sukarela, beri pilihan kepada pekerja
Terbaharu Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan memaklumkan keputusan itu diambil selepas meneliti pandangan rakyat.
Oleh itu caruman berkenaan tidak lagi bersifat mandatori kepada pekerja tempatan dan ia dilakukan secara sukarela, berkuat kuasa serta merta.
Menurutnya keputusan berkenaan memberikan ruang kepada pekerja dalam membuat pilihan sama ada mahu mencarum di bawah Skim LINDUNG 24 jam mengikut keperluan serta pertimbangan masing-masing.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO Bukan Beban Sebaliknya Perlindungan Untuk Keselamatan Pekerja – Ramanan
Skim LINDUNG 24 Jam masih mandatori kepada pekerja asing, pelaksanaan dan proses untuk penyertaan sukarela akan diumumkan PERKESO
Walau bagaimanapun, Skim LINDUNG 24 jam itu masih lagi mandatori kepada pekerja asing dan dilaksanakan mengikut undang-undang sedia ada.
“Mekanisme pelaksanaan serta proses penyertaan secara sukarela bagi pekerja tempatan akan diumumkan oleh pihak PERKESO dalam tempoh yang terdekat.
“Caruman Skim LINDUNG 24 jam kekal mandatori bagi pekerja asing dan akan terus dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“Walaupun pelaksanaannya kini adalah secara sukarela bagi pekerja tempatan, PERKESO ingin menegaskan bahawa Skim LINDUNG 24 Jam masih inisiatif penting yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja sekiranya mengalami kemalangan di luar waktu dan tempat kerja, termasuk ketika menjalankan aktiviti harian.
“Malah, tekad memastikan kebajikan dan keselamatan sosial seluruh tenanga kerja di Malaysia sentiasa menjadi keutamaan tertinggi PERKESO sebagai agensi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),” ujarnya dalam satu kenyataan.
KESUMA akan teliti semula mekanisme pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam
Menurut beliau lagi, KESUMA juga kaan meneliti semula mekanisme pelaksanaan skim berkenaan menjelang penghujung tahun dan perkara ini termasuklah dalam:
- Aspek hala tuju dasar
- Keberkesanan pelaksanaan
- Kemampunan dana bagi memastikan skim tersebut kekal mampan serta memberi manfaat kepada rakyat
Jelasnya jika diperlukan, hasil penelitian itu akan dibentangkan ke Parlimen untuk cadangan pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4].
“PERKESO akan terus memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan sosial serta memastikan rakyat mendapat maklumat yang jelas dan tepat mengenai manfaat skim ini agar mereka dapat membuat keputusan yang terbaik.”






