Lindungi pendatang tanpa izin: Pengurus didenda RM45,000

27 Mar 2024 • 2:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pengurus pembinaan didenda sejumlah RM45,000 kerana membenarkan sembilan pendatang tanpa izin tinggal di sebuah premis di bawah kawalannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu ke atas Latip Salim yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Latip didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi setiap pendatang tanpa izin yang terlibat.

Dia didapati membenarkan sembilan warga Filipina yang tidak memiliki sebarang dokumen, berada di tapak pembinaan sebuah projek di Ranau pukul 9.46 malam pada 13 Okt, 2022.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin yang terlibat.

Semasa mitigasi, Latip merayu hukuman ringan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Dalam kes berasingan, seorang pengurus operasi kuari diperintah membayar denda RM25,000 kerana turut membenarkan lima warga Indonesia tanpa dokumen sah.

Martin Kwan mengaku membenarkan lima warga Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen di kuarters pekerja di Jalan Labak, Papar jam 12.07 tengah malam, 9 Mei 2023.

Kwan didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara bagi setiap pendatang tanpa izin.

Pegawai Pendakwa Abu Sofian dari Jabatan Imigresen tampil untuk pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.